Hayfa Cari Kebahagiaan Sendiri & Tak Ingin Rujuk, Rupanya Sedang Mengandung Anak Adam

Tamat sudah keseluruhan 28 episod bagi drama ‘Risik Pada Hati’ sebentar tadi. Sebuah karya arahan Pali Yahya ini, ia telah menyampaikan gambaran mesej betapa besarnya amanah yang perlu dipikul oleh seorang lelaki sekiranya berkeputusan untuk memiliki 2 isteri. Tanpa ada sikap adil dalam berbagi kasih sayang, rumah tangga pertama bakal retak begitu sahaja seperti kehidupan Adam dan juga Hayfa.


Berani kau tunjuk muka kat sini lagi?…Nak buat apa jumpa Hayfa?…Nak gelakkan dia?

Selepas kejadian jatuh talak, Aisya bergegas berjumpa dengan Hayfa dengan berharap mahu membetulkan semula keadaan. Namun apabila pintu rumah dibuka, Aisya lantas mendapat tamparan oleh Su dan digelar sebagai perampas suami orang. Kemudian Adam ada datang untuk memujuk, tetapi hati isteri pertamanya itu sudah tertutup dengan serapat-rapatnya. Justeru dia bersedia 100% bagi mengundurkan diri agar pasangan tersebut menemui kebahagiaan sendiri.

@meowmeow_ara Risik pada hati episode 28(akhir) #risikpadahati #alifsatar #umminureen1 #zarazyaofficial #fyp #fypシ #risikpadahatiepisode28 @bisikpadahati ♬ DJ Sampai Kapan Kau Gantung Cerita Cintaku - MASTER RMX

Akak serahkan Abang Adam untuk Aisya jaga ya…Melepaskan tak semestinya menyerah

Keadaan yang paling menyedihkan adalah apabila Adam mengetahui ternyata Hayfa sedang mengandungkan zuriat mereka (diberi nama Hawa). Akan tetapi, Hayfa itu teguh dengan keputusannya untuk membina kehidupan sendiri tanpa rujuk bersama Adam. Meskipun tidak bersama seperti dahulu, keluarga besar itu meraih nilai bahagia yang selama ini mereka cari.


@newname_maza Tamat #RisikPadaHatiEpisode28 #fyp #maza_xg #foryoupage ♬ Dj Close Your Eye X Bangun Tidur Selfi X Go Sampe Bawah - Dj Kunam

Tengok ending macam ni, teringat kisah Norman Hakim & Abby Abadi…Dah pisah tapi rapat demi anak

Episod terakhir drama itu nampaknya berjaya ditamatkan dengan plot jalan cerita yang tidak begitu 'klise' sama seperti drama Melayu lain. Walaupun agak pahit untuk diterima, ramai memahami dilema yang dialami oleh wanita bernama Hayfa.



Sumber: Kisah Dunia