Hadir majlis ilmu bersama UAI, Zizan Razak dipuji -“Tahniah, guna populariti ke arah kebaikan!”


Disaat ramai berpusu-pusu membanjiri konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit  Jalil semalam, masih ada yang bijak mengambil peluang untuk mendekati majlis keagamaan yang diadakan pada hari yang sama.

Ini termasuklah pelakon Zizan Razak yang dilihat turut hadir bagi memeriahkan majlis Talk Show Anok Mude bersempena Karnival Penghayatan Islam yang diadakan di Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, selesai sebuah majlis yang hebat

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pelakon berusia 38 tahun, kelihatan dia bersama penceramah bebas tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan ramai pengunjung yang lain.

Dalam pada itu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak meluahkan kesyukuran kerana diberi peluang menghadiri ke sebuah majlis perkongsian ilmu untuk ke arah yang lebih dalam kehidupan dirinya dan semua penonton yang hadir.

“Alhamdulillah selesai sebuah majlis yang hebat. Satu perkongsian untuk kearah lebih baik dalam kehidupan kita. Sama sama kita mencari kemuliaan dari Allah. Allahuakbar.”tulisnya.

Alhamdulillah, kemah bangzizan. Terbaik!

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai memuji kesudian selebriti kelahiran Terengganu itu turun menghadiri majlis keagamaan.

Sumber: Instagram @zizanrazak869, @uaioriginal