“Dia macam Jep Junior, muka pulak kembar Hael”- Namie dipuji ramai

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Sebut sahaja nama Namie, tentu ramai yang semakin mengenalinya dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar 3 sebagai salah seorang kumpulan Ubi yang dianggotai oleh Sharif Zero dan Fad Bocey. Gandingan dua pelawak senior itu dengan Namie tidak hanya berjaya ‘mencuri’ hati penonton malah juri juga tak kering gusi dengan idea mereka di pentas.

Namie bagaimanapun mendapat perhatian pengguna platform, TikTok pula selepas satu muat naik di akaun astrogempak tersebut membuatkan peminat dan netizen dapat mengetahui kisahnya serba sedikit manakala video penuh pula dapat disaksikan di YouTube Astro Gempak.

Ramai peminat sebenarnya baru mengetahui bahawa dia merupakan seorang cikgu, Namie berkata dia mengajar darjah satu sehingga darjah enam. Ubai sebagai pengacara pula sempat berseloroh dengan Namie yang lalunya mencuit hati netizen mendengarkan perbualan mereka itu.

Menerusi rakaman pendek ini, Ubai bertanyakan pula bagaimana rakan kumpulannya iaitu Sharif Zero dan Fad Bocey mendekati dirinya untuk bersama-sama bergabung dalam kumpulan Ubi. Ujarnya, ketika Sharif Zero sebagai juri dalam satu pertandingan lawak secara online, dia pula menjadi juara ketika itu dan menerima pesanan mesej daripada Sharif.
@astrogempak Siapa agaknya tarik @ɴᴀᴍɪᴇ masuk #muzikallawaksuperstar3 ? Mesti ramai anak murid undi kan ☺️ video pnuh di YT Astro Gempak. #SembangEntertainment #namiesmy ♬ original sound - Gempak

Dia juga bertemu dengan Fad di kedai makan lalu menegurnya. Netizen berkata ia merupakan rezeki Namie dan kini bakatnya sebagai pelawak dikatakan boleh pergi jauh. Mana tidaknya, setiap minggu rancangan Muzikal Lawak Superstar 3, gelagat Namie berjaya menarik tumpuan ramai penonton.

“Namie paling best”


“Boleh pergi jauh…”

Sumber : HCL