Cara Semak Penyata KWSP Melalui IC – Mudah Je!

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Ramai yang ingin tahu cara untuk semak penyata KWSP melalui IC secara online tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat atau kiosk KWSP. Berikut dikongsikan info dan maklumat ringkas berkaitan KWSP online.

Semak Penyata KWSP Melalui IC 2022

Jika anda ingin semak penyata KWSP anda menggunakan IC, anda perlulah daftar terlebih dahulu dalam sistem i-Akaun KWSP. Dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara anda serta aktifkan akaun tersebut dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000 Atau anda juga boleh buat perkara tersebut di kaunter/ kiosk KWSP berdekatan anda. Selepas daftar, anda kini boleh akses akaun KWSP anda dengan hanya masukkan nombor ID sahaja.

2. Di ruangan User ID masukkan ‘Kod Pengaktifan’ yang diterima.
3. Pengaktifan tersebut perlu dilakukan dalam masa 30 hari selepas diterima.
4. Masukkan ‘Kata Laluan Sementara’, kemudian klik ‘Login’.
5. Log masuk dengan ID baru anda.

Semakan Penyata KWSP

1. Selepas aktifkan ID anda, log 
masuk menggunakan ID Pengguna & Kata Laluan yang telah disahkan.
2. Pergi ke Akaun Peribadi dan sila pilih tahun yang anda ingin semak pada ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’.
3. Tekan ‘Cari’ dan maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.
4. Anda juga boleh muat turun atau cetak penyata anda.

Kemudahan i-Akaun

Melalui kemudahan i-Akaun Kwsp ini, ada banyak kemudahan lain yang disediakan seperti :
• Buat e-Pengeluaran. 
• Semak Penyata KWSP tahunan. 
• Semak transaksi caruman. 
• Kemaskini profil akaun. 
• Semak log aktiviti. 
• Semak status pengeluaran.

Semak KWSP Melalui Telefon

Untuk semak nombor ahli KWSP anda, sila hubungi KWSP di talian 03 – 8922 6000 Waktu beroperasi adalah Isnin hingga Jumaat, dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Kemudahan I-Akaun

Terdapat pelbagai manfaat lain yang disediakan dalam sistem i-Akaun ini, antaranya :

• Boleh buat permohonan pengeluaran.
• Semakan status permohonan pengeluaran.
• Boleh semak informasi berkaitan dengan nomination.
• dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat.