Cara Buat Tart Brownies Yang Sedap


Hai Assalamualaikum,hari ini sis nak sharekan cara buat Tart Brownies yang sedap.

Bahan-bahan:
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
115g coklat gelap
100ml minyak jagung
1/4 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan tepung gandum
secubit garam
kulit tart

Cara Penyediaan:

1. Masukkan gula+telur+esen vanila. Gaul perlahan dan tidak perlu sampai kembang.
2. Masukkan coklat gelap yang telah dicairkan.
3. Masukkan minyak jagung.
4. Serbuk koko dan tepung gandum di ayak sekali.
5. Masukkan secubit garam-gaul bagi sebati.
6. Masukkan adunan brownies ke dalam kulit tart.
7. Untuk topping boleh hiaskan dengan coklat cip atau hirisan badam.
8. Bakar pada suhu 30-40minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Selamat mencuba!
Kredit: Sis DaMia