Cara Bayar Pinjaman PTPTN Guna Duit KWSP (2022)
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
3 Langkah Mudah Bayar Balik Pinjaman PTPTN Anda Melalui Pengeluaran KWSP
Kini anda boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dengan membuat pengeluaran KWSP dan nikmati diskaun sehingga 15% sempena Diskaun PTPTN Bajet 2022 yang akan berakhir pada 30 April 2022 ini.
KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan pembayaran PTPTN melalui pengeluaran KWSP.
Apakah Pengeluaran KWSP Untuk Bayar PTPTN ?
Permohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP.
Peminjam hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.
Syarat-syarat
Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
1) Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
2) Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
Cara Permohonan Bayar PTPTN Mengguna KWSP
Untuk membuat permohonan bayar PTPTN menggunakan duit KWSP, sila ikuti langkah berikut:
1) Daftar / Log masuk ke i-Akaun KWSP.
2) Klik Tab Pengeluaran > Pilih e- Pengeluaran > Klik permohonan baru.
3) Semak status permohonan yang akan dihantar melalui SMS / mesej sekuriti di inbox i-Akaun.
4) Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP untuk proses pengesahan cap ibu jari bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
NOTA: Bagi anda yang masih belum pernah mendaftar i-Akaun KWSP, sila rujuk artikel berikut — i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata
Langkah Permohonan
Anda boleh berunding bersama Eksekutif Pemasaran PTPTN yang terlatih untuk membuat semakan baki akaun pinjaman bagi bayaran penuh pinjaman anda.
Maklumat lanjut:
Live Chat: www.ptptn.gov.my
Eksekutif Pemasaran: https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
e-Aduan: https://eaduan.ptptn.gov.my/
Media Sosial: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
0 Response to "Cara Bayar Pinjaman PTPTN Guna Duit KWSP (2022)"