Bayi Membesar Jadi Jutawan, Mak Kandung Buang Ke Tong Sampah Pada Tahun 1989

Isu pembuangan bayi ke tempat sampah biasanya terjadi atas sebab pelbagai faktor. Kemungkinan si ibu atau si bapa kandung takut untuk membesarkan seorang anak luar nikah tanpa persediaan yang cukup, namun ia tidak bermaksud bahawa seorang zuriat boleh diabaikan begitu sahaja. Ketika melambung dewasa, tidak mustahil mereka akan menyimpan rasa benci dek kerana diperlakukan sebegitu.
Ibu kandung enggan jaga Freddie sejak bayi lagi
Namun bagi lelaki bernama Freddie Figgers ini, kisahnya yang pernah ditinggalkan di pusat pelupusan sampah pada tahun 1989 cukup meluluhkan jiwa. Baru beberapa jam mengenal dunia, ibu kandungnya telah melakukan hal sedemikian tanpa belas kasihan. Tidak lama kemudian, orang yang lalu di kawasan terlibat mendengar tangisan sebelum menemukan bayi yang telah dibuang.
Malu rakan sekolah ejek “bayi tempat sampah”…Akhirnya mak angkat dedahkan kebenaran
Setelah mendapat rawatan selama 2 hari, Freddie dihantar pula untuk tinggal di sebuah pusat kebajikan. Kehidupannya mulai berubah selepas dijadikan sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang berhati mulia. Walaupun mula merasai kasih sayang, dia sedih dan sangat malu kerana rakan-rakannua di sekolah menggelarnya sebagai “bayi tempat sampah”. Apabila melonjak dewasa, akhirnya penjaganya berterus-terang hal sebenar mengenai status Freddie sebagai anak terbuang.


 


Permulaan hidup tak boleh dikawal, tapi kau boleh cipta masa depan yang dimahukan

Ketika Freddie berusia 9 tahun, ayahnya, Encik Nathan membawa pulang sebuah komputer lama sebagai alat mainan. Mula ‘menggodek’ bahagian dalam komputer, kemahiran tersebut mendorong minatnya dalam bidang teknologi maklumat. Seawal diusia 15 tahun, dia berjaya membuka perniagaan membaiki komputer dengan berbekalkan bilik kecil di rumah. Lantas, Freddie mula berjinak-jinak dalam bidang membangunkan program rekaan data dan berjaya menjual projek pertama dengan nilai $2.2 juta. Kini dia merupakan jutawan dan berjaya mengasaskan syarikat mega sendiri.




Sumber: Erin Sakura