2 Beradik Tinggal Bawah Jambatan Sehelai Sepinggang, Selepas Ayah Berkhawin Lain

Jika berbicara tentang bawah jambatan, sesetengah golongan manusia terus kaitkannya sebagai kawasan tempat melepak dalam erti kata lain orang mendefinisikan sebagai ‘sampah masyarakat’. Namun hakikatnya, terdapat ramai golongan yang sangat terdesak dan perlu dibantu yang mereka jadikan ia sebagai satu-satunya tempat untuk berteduh.

Allahuakbar lepas pemergian ibu, tak lama kemudian ayah nikah lain…anak nekad berikari duduk bawah jambatan
Menerusi laman Facebook, usahawan Raja Anita Raja Mukhtar telah berkongsi kisah sebak dalam menemui 2 beradik yang dalam keadaan sehelai sepinggang iaitu menetap di bawah jambatan di kawasan Kubang Telaga, Bachok hari ini. Dikatakan mereka nekad untuk hidup berdikari, berikutan ayah mereka telah menikah baru setelah pemergian ibu tercinta.

Bila ditanya nak duduk lebih selesa tak…dia jawab kalau boleh duduk bangsal kecil pun takpa, asal ada tempat teduh
Tambahan pula, apabila ditanya adakah mahu tempat tinggal yang lebih selesa, lantas mereka hanya menjawab sekiranya dapat duduk bangsal kecil pun sudah cukup asalkan ada tempat berteduh. Lantaran itu, Puan Raja Anita turut perasan si abang yang berusia 27 tahun pula seakan mengalami masalah tekanan perasaan. Rentetan itu, pihaknya akan cuba membantu mereka berdua dalam masa yang terdekat.
Umur muda lagi, tapi mungkin terbatas disebabkan abang dia…tekanan ni macam-macam boleh jadi
Melihat ke ruangan komen, para netizen turut bersimpati dengan dugaan hidup serta nasib pilu 2 beradik ini. Walaupun mereka masih muda, namun mereka berpendapat si adik mungkin terbatas untuk mencari rezeki kerana keadaan abangnya yang begitu kelihatan tidak mengizinkan.

Sumber: Kisah Dunia