Terlalu Gementar, Pengantin Lelaki Salam Cium Tangan Isteri Buat Ramai Terhibur

Pasangan pengantin selalunya tidak dapat lari dari perasaan gementar pada hari perkahwinan mereka. Dalam masa yang sama, ada juga yang runsing memikirkan persiapan majlis yang perlu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diduga.
@dhiafarra sorry prangai memang xbehave langsung !! susah klau kawin dngan bff sndrii idk dia nervous or memang msuk air #husbandwife #savethedate #120722 #tiktokpelit ♬ I'm Addicted To - SUBAG GOO

Baru-baru ini pula, gelagat pasangan pengantin ini tular dikongsikan di Tik Tok gara-gara kesilapan daripada pengantin lelaki ini yang mungkin terlalu gementar pada waktu itu. Semuanya bermula apabila pengantin lelaki tersilap bersalaman dengan pengantin perempuan sehingga mengundang ketawa ramai.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan pasangan pengantin itu yang sudah selamat dinikahkan dan bersedia untuk upacara bersalaman. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai ialah pengantin lelaki terlebih dahulu bersalaman dan mencium tangan pengantin perempuan.

Tindakan spontannya ini turut membuatkan pengantin perempuan terkejut melihatnya sebelum berdekah dengan gelagat si suami. Biasanya semasa sesi bersalaman, pengantin perempuan yang akan mencium tangan suami semasa bersalaman namun terbalik pula situasi yang berlaku kali ini.

Sebaik sahaja sedar dengan kesilapannya itu, pengantin lelaki turut sama tidak dapat menahan ketawa melihat reaksi orang ramai. Video tersebut juga kini meraih sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat pengantin lelaki. Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur dan berkongsikan reaksi mereka.

“Apa ni bang first day pun dah tunjuk takut bini…”
“Nampak tak kat situ dia selalu salam mak dia. Bila dah kahwin dia jadi macam tu.”
“Dia dah biasa salam cium tangan ibu.”