Permohonan Jawatan Kosong SPA Malaysia Terkini - Kelayakan PMR/PT3/SPM/Diploma

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebagaimana berikut:-


MAKLUMAT PERMOHONAN

Nama Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. 

Penempatan : Pelbagai Negeri. 

Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma. 

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2022 (Ahad). 


JAWATAN

1) Penolong Pemelihara Hutan Gred G29. 
2) Pengawas Hutan Gred G19.
3) Pegawai Syariah Gred LS29.
4) Pembantu Awam Gred H11.
5) Pembantu Operasi Gred N11.
6) Pemandu Kenderaan Gred H11.


Syarat Asas Permohonan

Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.


Cara Memohon

Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Untuk Permohonan Klik Pautan ini👇

Sumber : KERJA KINI