Permohonan Bantuan RM1000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020

Permohonan bantuan rm1000 – Berikut adalah cara membuat permohonan bantuan Rm1000. Semak di bawah untuk maklumat lanjut.

Permohonan bantuan rm1000 (EFS) adalah sebuah simpanan untuk anak-anak kelahiran Sarawak yang bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Tahukah anda, terdapat satu berita baik buat semua rakyat Malaysia yang mana pihak kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan sebuah simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).

Cara Membuat Permohonan Bantuan EFS
Permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:

1. Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
2. Salinan sijil lahir bayi
3. Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”

**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN


Jumlah Bantuan EFS

Jumlah bantuan yang diberikan berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan.

1. Syarat Kelayakan Bantuan EFS
2. Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
3. Warganegara Malaysia
4. Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
5. Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Kategori anak angkat:
1. Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”. 
2. Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah. 


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050
Semua artikel. 

Web Malaysia share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan sahaja. Web Malaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan