Permohonan Bantuan Budi IPT Bagi Negeri Sabah

Bantuan Budi IPT Negeri Sabah

Makluman permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) kepada anak-anak Negeri Sabah.

Tawaran bantuan BUDI ini dibuat untuk mereka yang bakal memasuki peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.

Bantuan ini akan diberikan secara tunai kepada anak-anak Negeri Sabah yang ingin membuat pendaftaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 2022.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat tentang bantuan BUDI untuk anak-anak Negeri Sabah.
Cara Memohon

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan :

- Layari laman web di pautan https://budi.sabah.gov.my/.
- Tekan butang ‘Permohonan.’
- Tekan butang ‘Daftar’ di sebelah kanan paparan.
- Isi maklumat dengan lengkap dan tekan butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Kemudian sediakan dokumen sokongan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.


Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bantuan BUDI :

1) Terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Awam atau Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia (Sabah/Sarawak/Semenanjung) dan diiktiraf oleh kerajaan.

2) Pemohon hendaklah warganegara Malaysia dan berasal dari Negeri Sabah. 

3) Berumur tidak lebih 25 tahun.

4) Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.

5) Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.


Kadar Bantuan Tunai

Berikut adalah kadar bantuan tunai yang akan diberikan kepada pemohon :

- RM1,500 bagi Peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi.

- RM2,000 bagi Peringkat Ijazah Sarjana Muda.


Dokumen Yang Diperlukan

1) Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga.

2) Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.

3) Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).

4) Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma.

5) Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPT pemohon.

6) Salinan muka depan penyata akaun pemohon.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut mengenai bantuan BUDI, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di talian 088-369 872.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Permohonan Bantuan Budi IPT Bagi Negeri Sabah ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.