Pengeluaran Khas 2.0 Dikemaskini Ikut Akta


Pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Akta 1991 perlu mengikut prosedur ditetapkan oleh agensi tersebut dan bukannya desakan pihak luar.

 

(6) Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen 59(2),Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa

 

(k) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup; [Mas. P.U.(A) 135/2020]

 

(l) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup; dan[Mas. P.U.(A) 389/2020]

 

(m) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).[Mas. P.U.(A) 306/2021]

 

Maka tiada alasan jika Tengku Zafrul Menteri Kewangan masih keras berhujah bahawa kerajaan tiada punca kuasa mahupun mendahului takdir bahawa masa depan pencarum akan merana kerana bersara dalam keadaan di bawah garis kemiskinan.

 

Lihat penjelasan lanjut bro Hirwan dibawah ini: