Mohon Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda di sini

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Pihak kerajaan Malaysia terus prihatin dalam menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan rakyat Malaysia yang memerlukan. Selaras dengan usaha tersebut, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diamanahkan untuk memberi bantuan kepada golongan yang terjejas. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah diwujudkan dan salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan (BA) yang diberikan kepada golongan miskin serta tidak berkemampuan.

Untuk makluman, Bantuan Am Persekutuan ini adalah merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan yang bertujuan untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh golongan kurang berkemampuan. Untuk mengetahui tentang bantuan ini dengan lebih lanjut, sila ikuti segala maklumat yang telah disediakan di bawah ini.


SYARAT PERMOHONAN

- Merupakan seorang warganegara Malaysia. 

- Memiliki pendapatan bulanan sebanyak RM930 di Semenanjung Malaysia, RM990 di Sabah dan Sarawak dan RM1,170 di Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan pendapatan bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

- Merupakan keluarga miskin ataupun golongan yang memerlukan dan tidak menerima sebarang bantuan.


CIRI-CIRI BANTUAN AM PERSEKUTUAN

- Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM100 sebulan untuk seorang dan maksima RM350 sebulan bagi sebuah keluarga.

- Tempoh bantuan yang diberikan adalah selama 12 bulan ataupun setahun sahaja.

- Bantuan akan diberikan kepada kumpulan sasar atau keluarga miskin yang tidak menerima bantuan lain dari JKM.


CARA MEMOHON

Berikut adalah merupakan cara yang anda boleh lakukan untuk melakukan permohonan bantuan ini. 

Para pemohon boleh melakukan permohonan dengan mengisi salah satu borang berikut yang disertakan di bawah :

- Borang Permohonan JKM 18 – klik DI SINI

- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 – klik DI SINI

- Pihak pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melakukan siasatan serta penilaian terlebih dahulu setelah permohonan diterima dan didaftarkan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengesahkan setiap permohonan adalah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

- Para pemohon perlu membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti salinan MyKad Pemohon, salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) serta lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sumber : I Kerajaan / jkm