Konvoi Polis Memotong Di Garisan Berkembar Dikecam Netizen
Tahniah PDRM.. Keselamatan marhain letak tepi saja. pic.twitter.com/Ujqkeppt1Y
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) July 26, 2022
Pemilik rakaman dashcam itu terpaksa masuk ke lorong kecemasan untuk mengelak pertembungan dengan konvoi terbabit yang memotong garisan berkembar dan meluru kehadapan ke arahnya.
Setelah melepasi 4×4 di sebelahnya, barulah pemandu itu masuk semula ke dalam lorong dan kelihatan beberapa buah kenderaan lain sedang beratur panjang di dalam barisan di laluan bertentangan.
Dalam pada itu, ramai yang tertanya siapakah pemilik kereta-kereta berkenaan sehingga mendapat ‘special escort’ daripada pihak berkuasa tempatan.
Tambah netizen lagi, sekiranya seseorang pemandu itu panik semasa berhadapan dengan situasi seperti itu, sudah pasti kedua-dua pihak akan berlanggar di antara satu sama lain.
Sumber : thevocket
0 Response to "Konvoi Polis Memotong Di Garisan Berkembar Dikecam Netizen"