KALAU MASAK LEMAK TELUR, IKUT PETUA INI SUPAYA TELUR MENJADI ELOK TAK PECAH

Selain ikan dan ayam, masak lemak telur
juga jadi kegemaran. Biasanya kita akan
guna telur itik barulah telur menjadi elok
pejal.

Tapi ada juga dah guna telur itik atau telur
ayam tetap tak menjadi, telur pecah dalam
gulai. Sebenarnya ada tip yang boleh kita
praktik supaya telur untuk masak lemak ini
menjadi elok tak pecah bila masak.

Caranya dikongsi oleh  Chef Ahmad Shukri.


PETUA MASAK LEMAK TELUR

Hari ni masak lemak telur. Telur itik tak
ada, saya guna telur ayam. Saya nak bagi
petua macam mana nak masak telur
supaya tak pecah bila masak.
CARANYA GUNA CUKA SIKIT

1.Didihkan air, kuantiti suku periuk atau
atau agak-agak tenggelam telur.

2. Kemudian masukkan 4 sudu cuka
dalam periuk.

3. Bila air mendidih pecahkan telur satu
persatu. Biar masak. Cuka itu berfungsi
supaya telur tak pecah.

4. Telur akan jadi bulat atau bujur. Bila
telur dah masak, tos air dan masukkan
telur dalam kuah kuning yang telah
dimasak.
Semoga bermanfaat