Diskaun Saman PDRM, JPJ Dari 50% Hingga 80% (1 – 3 Julai 2022)


 

TAWARAN DISKAUN SAMAN TRAFIK PDRM & JPJ DIANTARA 50% HINGGA 80% SEMPENA JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA NEGERI PERAK

 

Jangan lepaskan peluang anda untuk membayar saman dengan penawaran diskaun diantara 50% hingga 80% bagi saman terpilih sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak yang akan berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut bagi anda yang ingin mendapatkan tawaran diskaun ini.

 

Apakah Diskaun Saman Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak?

 

Pengurangan kadar kompaun saman ditawarkan kepada kesalahan terpilih seluruh Malaysia bagi kadar berikut:

 

-             PDRM – sehingga 50%

-             JPJ – sehingga 50%

-             MDPT – dari 50% sehingga 80%

 

Tempoh Tawaran Diskaun

 

Tawaran diskaun saman Majlis Daerah, JPJ dan PDRM itu berlangsung selama 3 hari bermula 1 Julai sehingga 3 Julai 2022 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Kaunter Bayaran Saman yang akan dibuka di tapak acara.


Ayuh, jangan lepaskan peluang ini!

 

Terdapat pelbagai program menarik, antaranya kaunter perkhidmatan pelbagai Kementerian dan agensi terus kepada rakyat.

 

Turut diadakan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia, gerai usahawan dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

 

Tempat : Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan

Tarikh : 1 – 3 Julai 2022

Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

 

Daftar awal kehadiran di pautan ini https://bit.ly/PERAKPENGUNJUNG atau imbas Kod QR.

 

Amalkan SOP Terkini Fasa Peralihan Ke Endemik.

 

Sumber: ecentral