Cara Tuntut Bayaran PERKESO Jika MC/Cuti Sakit !

Cara Tuntut PERKESO Jika MC/Cuti Sakit !

 

Mc pun boleh tuntut perkeso? Menariknya? jika anda pencarum Perkeso anda boleh tuntut jika anda MC.

 

Apakah Syarat Buat Tuntutan?

 

Tuntutan bayaran boleh dibuat sekiranya anda mendapat cuti sakit atau Medical Certicate (MC).

 

Terdapat Skim bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme).

 

Pelbagai tuntutan boleh dibuat melalui skim yang disediakan Perkeso ini.

 

Skim Bencana Pekerjaan

 

-        Diberhentikan kerja (atas sebab-sebab yang ditetapkan)

-        Meninggal dunia (waris akan menerima jumlah tuntutan)

-        Kemalangan atau MC (Cuti Sakit)

 

Jenis Kemalangan Yang Boleh Dituntut

 

Pekerja layak untuk menuntutan bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan bagi situasi berikut:

 

-        Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya

-        Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya

-        Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan

-        Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.

-        Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

 

MC Yang Boleh Dituntut

 

Faedah Hilang Upaya Sementara boleh dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

 

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.

 

Jumlah minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

 

Bagaimana Cara Buat Permohonan?

Layari : https://www.perkeso.gov.my/

Sila isi borang yang boleh dimuat turun dibawah:

  1. Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34
  2. Panduan Mengisi Borang 34
  3. Senarai Semak Borang 34

 

Maklumat lanjut

 

Email: eis@perkeso.gov.my

Hotline: 1 300 22 8000


*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan