Bergelar Janda Muda Di Usia 22 Tahun, Wanita Sayu Tak Dapat Salam Suami Buat Kali Terakhir


 

Perceraian merupakan jalan terakhir buat pasangan berkahwin yang mengambil keputusan untuk tidak lagi hidup bersama. Walaupun perit, namun atas sebab tertentu perkahwinan yang disulam dengan kasih sayang terpaksa berhenti di tengah jalan demi meneruskan kehidupan yang lebih baik.. 

 

Itu yang dilalui serta dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok yang terpaksa menelan pahitnya realiti selepas suaminya melafazkan talak.

 

Suami ingin segera lafaz talak

 

Menerusi satu perkongsian video milik @izzahrahimofficialo411 di laman TikTok, dia berkongsi perasaan setelah bercerai di usia semuda 22 tahun.

 

Bukan itu sahaja, wanita itu yang telah dikurniakan seorang anak perempuan, kini terpaksa membesarkan anaknya seorang diri.

 

Maafkan mamy tak mampu nak pertahankan.

 

Semoga pengalaman dan segala pahit manis dapat jadikan aku wanita yang lebih dewasa untuk besarkan anak seorang diri.

 

Lebih menyedihkan lagi, wanita itu juga berkongsi rasa kesal kerana tidak sempat bersalaman dengan bekas suaminya buat kali terakhir, kerana lelaki itu terburu-buru ingin melafazkan talak.

 

Walau bagaimanapun, ibu tunggal itu tetap reda dan hanya tersenyum ketika sesi itu berlangsung.

 

Netizen beri semangat

 

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang turut berkongsikan pengalaman yang sama menjadi ibu tunggal muda, selain ada yang memberi kata-kata semangat buat wanita itu.

 

Sumber: TikTok @izzahrahimofficial0411, ohbulan.com