Apabila Datuk Abdul Aziz Sattar Ditanya Tentang P.Ramlee



Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Sattar, bermakna negara kita kehilangan trio hebat zaman kegemilangan filem melayu Jalan Ampas.

 

Ketika hayatnya, Allahyarham amat dikenali dengan watak Ajis bersama trio Ramlee dan Sudin menerusi filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan banyak lagi.

 

Siri filem Bujang Lapok sememangnya kekal segar dalam ingatan peminat filem melayu sehingga ke hari oleh segenap lapisan usia.

 

Sepanjang hayat, Pak Ajis sering mengagumi P. Ramlee.

 

Di dalam temubual ini, Pak Ajis ada menceritakan beberapa babak yang disyorkan olehnya kepada P.Ramlee.

 

“P. Ramlee seorang yang menghormati orang dan senang menerima pendapat orang lain. Ada beberapa babak yang saya cadangkan diterima olehnya.

 

“Seperti babak Pendekar Bujang Lapok, babak saya dibaling batu. Itu idea saya. Ketika itu juga P. Ramlee tukar posisi kamera dan rakamkan babak tersebut” cerita Allahyarham lagi.

 

Pak Ajis yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka buat orang ketawa, mengucapkan syukur apabila sehingga sekarang, filem-filem lakonan beliau dan rakan-rakan ditontoni ramai.

 

“Alhamdulillah, sehingga sekarang orang masih sukakan cerita P.Ramlee, orang kenal siapa itu Ajis, Sudin dan Ramlee.

@xrylasya #datoazizsattar #ypfッ #batch10 ♬ suara asli - DENII

 

“Itulah yang P. Ramlee katakan, seni kami bukan untuk wang, seni kami untuk masyarakat”