Semakan Keputusan SPM 2021 / Muat Turun Slip Mulai 16 Jun 2022

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2021 YANG AKAN DIUMUMKAN PADA 16 JUN 2022

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diumumkan pada tarikh berikut.

 

-         Tarikh : 16 Jun 2022

-         Masa: Mulai jam 10.00 pagi

 

Berikut dilampirkan garis panduan semakan keputusan SPM, cara muat turun slip keputusan penuh serta cara membuat semakan semula keputusan SPM sekiranya dirasakan terdapat kesilapan.

 

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM 2021

 

Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:

 

KAEDAH 1

 

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaandaripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.

 

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.

 

KAEDAH 2

 

Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.myuntuk mendapatkan slip keputusan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022.

 

KAEDAH 3

 

Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

 

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.

 

*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Cara Buat Permohonan Semak Semula

 

Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

 

Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2021.

 

Permohonan online semak semula keputusan boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-

 

1.      Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my

2.      Pilih Menu Perkhidmatan

3.      Pilih tab > Semak Semula

4.      Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’

 

NOTA:

 

-          buka permohonan adalah dari 16 Jun hingga 15 Julai 2022.

-         Permohonan semakan semula untuk calon STAM adalah secara manual dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

-         Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.

 

Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan