Permohonan Sayangi Rumahku 2022 (Baik Pulih & Bina Balik Rumah)

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

 

Program Sayangi Rumahku

 

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih.

 

Program ini di wujudkan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

 

Bagi warga Perak yang memenuhi syarat-syarat dan ingin memohon Bantuan Sayangi Rumahku boleh rujuk maklumat yang dikongsikan di dalam artikel ini.

 

Syarat Permohonan

 

Berikut adalah syarat-syarat permohonan Program Sayangi Rumahku :

 

1.      Warganegara Malaysia dan berkahwin.

2.      Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.

3.      Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung.

4.      Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru)

5.      Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.

6.      Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

 

Dokumen Yang Diperlukan

 

1.      Salinan kad pengenalan pemohon.

2.      Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.

3.      Penyata pendapatan pemohon.

4.      Penyata pendapatan pasangan / waris.

5.      Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.

6.      Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

 

Kategori Bantuan Sayangi Rumahku

 

Terdapat dua (2) kategori Bantuan Sayangi Rumahku, antaranya :

 

1. Baik Pulih

 

·        Bantuan kepada peserta yang mempunyai   rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.

·        Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, 

·        kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar  rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

 

2. Bina Baru Rumah

 

·        Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki.

·        Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3) iaitu :

 

i) Bina Baru 1 Bilik

 

ii) Bina Baru 2 Bilik

 

iii) Bina Baru 3 Bilik

 

Cara Mohon Bantuan

 

Pemohon boleh mohon secara atas talian atau mendapatkan borang secara percuma di tempat-tempat berikut :

 

·        Mohon atas talian (online) -DISINI

·        Pejabat Yayasan Perak

·        Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)

·        Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu

·        Muat Turun Borang Permohonan Sayangi Rumahku

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila ke laman rasmi Yayasan Perak.


Sumber: semakanonline 


*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan