Pengasas Kosmetik, Ciknon Meninggal Dunia

Pengasas kosmetik, Norshahadah Aisyah Mohd Yasin atau lebih dikenali sebagai Ciknon dipercayai telah meninggal dunia hari ini.

Berita pemergiannya itu telah dimaklumkan oleh suaminya sendiri menerusi satu perkongsian video di TikTok.
Menerusi video itu, Ciknon dikatakan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.45 pagi tadi.

Dalam pada itu, suaminya juga memohon maaf kepada orang ramai bagi pihak arwah.

“Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada anda semua,” katanya menerusi video itu.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai punca kematian arwah tidak dinyatakan.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

@sabarituindahtau24434 ALFATIHAH UTK arwah isteri sy.#fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal - sabarituindahtau24434🐻🇲🇾


 


Sumber: Siakap Keli