Pembayaran Bantuan BKM Tambahan 2022

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

 

Semakan kelayakan & Info Pembayaran Bantuan BKM Tambahan 2022

 

Berikut adalah perkongsian semakan pembayaran bantuan BKM Tambahan terkini  bagi 2022.

 

Bantuan BKM Tambahan

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

 

Tahukah anda terdapat bantuan tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana mereka yang layak BKM akan menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak.

 

Semakan Kelayakan Bantuan BKM Tambahan

 

buat semakan kelayakan BKM Tambahan:

 

1.      Buka laman web https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx

2.      Log masuk seperti biasa

3.      Klik pada semakan status untuk semak status permohonan

4.      Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan

5.      Jika tiada maklumat BKM Tambahan seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima BKM Tambahan.

 

Jumlah Bantuan Yang Diberikan

 

Jumlah bantuan BKM Tambahan maksimum adalah:

 

-         RM2,000

 

Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:

 

RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat

 

RM300 kepada penerima isi rumah bestatus warga emas

 

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:

 

-         RM2,500

 

Syarat Kelayakan

 

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tambahan BKM:

 

-         Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat

-         Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas

 

Maklumat Lanjut

 

Maklumat lanjut mengenai Bantuan BKM Tambahan ini bolehlah layari laman web BKM atau anda boleh baca FAQ BKM

 

Tarikh Pembayaran BKM

 

Pembayaran BKM akan bermula pada 28 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan