Mayat Bayi Dalam Beg Pakaian Ditemui Di Tepi Laut

Telegram Orang Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah
Mayat bayi masih bertali pusat yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah beg pakaian.

TAWAU; 09 JUN 2022 (Khamis) : Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam beg pakaian di tepi laut di kampung Tanjung Batu Logpond, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada orang awam.

Katanya, seorang saksi bersama tunangnya yang tidak ingin didedahkan indentitinya membuka sebuah beg yang dijumpai terapung berhampiran jeti dan mendapati seorang bayi perempuan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Turut dijumpai dalam beg berkenaan seketul batu seberat 1.2-kilogram yang dipercayai digunakan untuk menenggelamkan beg berkenaan ke dalam laut.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media yang di keluarkan hari ini.

Menurut beliau, pihak pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi telah mengesahkan bayi seberat 1.4 kilogram telah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan lanjut.

Meurut beliau lagi, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.Sehubungan itu, masyarakat Tawau diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih berhubung penemuan bayi tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran sekaligus menganggu proses siasatan pihak polis.

Sumber: BESTAWAUfm

Telegram Orang Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah