Lelaki Maut Kenderaan Dipandu Bertembung Lori Di Jalan Tawau-Semporna

Telegram Orang Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

 

TAWAU : Seorang lelaki Maut selepas jip yang dipandunya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori di kilometer 59 Jalan Tawau–Semporna, kira-kira pukul 3-petang, kelmarin.

 

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian apabila tersepit di bahagian pemandu manakala dua lagi penumpangnya mengalami cedera ringan.

 

Katanya, sementara itu, pemandu lori bersama dua kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Siasatan awal mendapati pemandu jip bersama dua orang penumpangnya sedang menuju ke Tawau manakala pemandu lori bersama dua penumpang bergerak dari Kunak menuju ke Semporna.

 

Akibat pertembungan tersebut, jip terseret sejauh 20-meter dan berpusing hingga menyebabkan kedudukan jip menghala ke arah Semporna.

 

Manakala lori terbabit terbalik dua hingga tiga kali dan terseret sejauh 25-meter.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sumber: BESTAWAUfm

Telegram Orang Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah