Jawatan Kosong Pertahanan Awam Anggota Sukarela Tugas Pejabat ~ Mohon Segera
Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-
· Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
· Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
· Mempelajari ilmu Pertahanan Awam
Objektif
Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-
· Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
· Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat.
· Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.
Keanggotaan
Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam
· Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
· Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
· Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
· Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
· Berminat menjalankan tugas secara sukarela.
· Faedah Menyertai Anggota
· Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
· Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
· Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
· Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
· Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
· Belajar tatacara berpakaian seragam
· Dapat belajar seni mempertahankan diri
· Dapat belajar membaca peta dan kompas
· Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
· Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
· Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
· Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
· Dapat belajar asas kebombaan
· Dapat belajar asas menyelamat
· Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku
Kemudahan-Kemudahan
· Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
· Mendapat elaun berkhidmat
· Mendapat Uniform percuma
· Menerima bounti (Saguhati) tahunan
· Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia
Jawatan
1. Anggota Sukarela Tugas Pejabat
Cara Memohon Sukarelawan
Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :
Unit Perhubungan Awam Dan Dokumentasi Pro
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah
Tingkat 6, Rumah Persekutuan
88813 Kota Kinabalu Sabah
No.Telefon:
088-264161 (P)
019-8548506 Linda
0 Response to "Jawatan Kosong Pertahanan Awam Anggota Sukarela Tugas Pejabat ~ Mohon Segera "