Daftar Akaun KWSP Buat Anak Berusia 14 Tahun Ke Atas. Siap Ada RM250 Insentif Tambahan | 2022

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini boleh didaftarkan seawal anak anda berusia 14 tahun dan ke atas.

 

Selalunya segelintir orang hanya akan mendaftar untuk membuka akaun apabila sudah mula bekerja kan? Bukankah lebih afdal kalau buka lebih awal?

 

Nanti tabungan banyak, dividen dan insentif lain pun boleh diterima.

 

Seorang pengguna Facebook (Dr. Zaharuddin Abd Rahman) telah berkongsikan beberapa fakta serta cara-cara untuk ibu bapa di luar sana membuka akaun KWSP i-Saraan ini buat anak yang berusia 14 tahun ke atas.

 

Baca perkongsian penuh di bawah:

 

Ada beberapa manfaat jika anda membuka akaun sekarang, iaitu:

 

·        Kerajaan ada memberikan insentif tambahan RM250 (maksimum setahun), sebagai contoh jika anda carumkan wang RM2,000, kerajaan akan tambah RM250 selaku galakan di bawah insentif skim i-Saraan.

·        Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.

 

Cara daftar akaun KWSP untuk anak:

 

·        Daftar sebagai ahli KWSP (perlukan IC anak dan cap jarinya) di kios di mana-mana cawangan.

·        Setelah siap, beritahu kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan Shariah terus.

·        Kebiasanya ada pegawai tolong buatkan terus di komputer di sana.

·        Setelah i-akaun siap, pegawai akan bantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Shariah.

·        Beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan), mereka akan bantu terus juga.

 

Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui juga iaitu:

 

·        Di samping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen patuh Shariah setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).

·        Bayaran caruman i-Saraan secara online secara asing di rumah melalui online banking. Nanti pegawai akan berikan kertas panduan untuk transfer wang ke akaun terbabit.

·        Sumbangan ini TIDAK WAJIB dibuat SECARA BULANAN.

·        Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2,500.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang i-Saraan, anda boleh KLIK SINI


*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan