CCRIS | Rekod Kewangan Khas Untuk Pinjaman

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Cara Semak (Video) 👇

 

Sebelum Beli Rumah Wajib Semak Rekod Kewangan CCRIS Anda

 

Sesiapa berniat mendapatkan pinjaman bank, anda perlu dapatkan laporan kewangan seperti CCRIS terlebih dahulu.

 

Adakah anda tahu apa itu CCRIS? Bagaimana pula cara mendapatkannya?

 

Apakah CCRIS?

 

Dikalangan saudara mara, pernahkah anda dengar berkenaan CCRIS setiap kali anda ingin membuat loan / pinjaman. Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah satu laporan kredit / pinjaman anda dengan pihak bank. Semua rekod pinjaman anda dengan pihak bank akan dinyatakan dalam satu penyata ringkas. Pihak bank memberikan laporan CCRIS ini untuk menilai kelayakan pinjaman anda nanti. Walau bagaimanapun masih ramai yang tersilap dan salah faham dan menganggap CCRIS sebagai sistem blacklist yang menyenarai hitam peminjam.

 

Sebaliknya, CCRIS hanya mengeluarkan laporan yang dikemaskini oleh pihak institusi kewangan masing-masing untuk menilaikan perkara seperti:

 

·        Rekod pembayaran

·        Jumlah pinjaman keseluruhan

·        Rekod permohonan

 

Apakah Komponen Yang Terdapat Dalam Laporan CCRIS?

 

3 komponen tertentu yang disemak dalam CCRIS, antaranya:

 

1.      Rekod pinjaman sedia ada – maklumat, jenis, jumlah, penyedia kredit, tindakan undang-undang & sebagainya.

2.      Akaun di bawah pemerhatian khas – kredit tak berbayar yang diletakkan dalam pengawasan khas institusi kewangan.

3.      Permohonan untuk kredit – status permohonan untuk pinjaman yang dibuat.

 

Bagaimana Cara Baca Laporan CCRIS (eCCRIS Online)

 

Melalui laporan CCRIS tersebut, anda rekod bayaran anda kepada pihak bank. Jika anda sering bayar tepat pada masa yang telah ditetapkan, iaitu sebelum tarikh akhir, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘0’ setiap bulan. Angka ‘0’ menunjukkan yang anda tidak pernah bayar lewat kepada pihak bank.

 

Namun, jika anda bayar lewat pula, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘1’ jika lewat sebulan, ‘2’ jika lewat dua bulan dan seterusnya.

 

Cara Membuat Semakan CCRIS (eCCRIS Online)

Untuk makluman, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan mekanisma baru untuk mendapatkan laporan CCRIS melalui portal eCCRIS yang boleh di akses melalui laman web.

 

Dengan adanya kemudahan ini, anda tak perlu lagi keluar ke kaunter dan boleh mendapatkan laporan kredit anda melalui atas talian sahaja. Mudah je kan?

 

Untuk mendaftar eCCRIS, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

 

1.      Sila daftar borang dengan lengkap di pautan BNM Telelink eCCRIS: bnm.my/LINK

2.      Boleh muat naik dokumen berikut:

·        Salinan MyKad (Depan & Belakang)

·        Bil telefon terkini anda

·        Dua dokumen sokongan lain: contohnya lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit dan sebagainya.

·        Dan juga 6 digit nombor pin sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.

3.      Lawati eCCRIS dan klik Login Kali Pertama.

·        Sila masukkan nombor MyKad dan 6 digit nombor pin sementara. Sila ikut arahan yang di paparkan untuk melengkapkan pendaftaran.

4.      Untuk membuat semakan penyata, sila layari laman CCRIS.

 

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://eccris.bnm.gov.my/atau hubungi melaui saluran berikut:

 

1300 88 5465 (BNMTELELINK)

+603 2174 1717 (Talian Antarabangsa)

bnmtelelink@bnm.gov.my

Facebook Bank Negara Malaysia (Official)


Sumber: portalinfo


*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan