Bantuan Warga Emas 2022 Yang Ramai Belum Mohon

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan Warga Emas atau BWE ini merupakan satu inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM) untuk membantu golongan warga emas yang memerlukan. Ia telah diwujudkan

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2022, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan kenaikan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua daripada RM350 kepada RM500.

 

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban warga emas meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti.

 

Berapakah Kadar Jumlah Bantuan?

Kadar bantuan untuk Bantuan Warga Emas (BWE) ini ialah adalah sebanyak RM500 sebulan.

 

Apakah Syarat Kelayakan?

Berikut adalah syarat kelayakan khusus bantuan ini:

 

1.      Warganegara yang tinggal di Malaysia.

2.      Warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja.

3.      Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan).

4.      Tidak tinggal di institut kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat jagaan harian.

5.      Atau mana-mana kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM).

 

Bagaimana Cara Mohon?

Bagi permohonan bantuan kewangan RM500 ini perlu dibuat di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di setiap negeri di Malaysia.

 

1.      Sila muat turun, cetak sert isi borang JKM di pauatn berikut:

·        JKM Borang Permohonan Bantuan

·        JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

2.      Sila bawa dokumen sokongan dan salinan kad pengenalan pemohon, suami/ isteri / ibu /bapa / anak yang tinggal bersama.

3.      Bawa juga salinan sijl kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

4.      Hadir ke pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di kawasan berdekatan anda.

 

Untuk alamat pejabat JKM Negeri, sila klik pada pautan berikut: klik DISINI

Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah: klik DISINI


Sumber: portalinfo


*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan