Anak Artis Berjaya Jadi Pensyarah Di Korea, Kecantikannya Dipuji Netizen -"Beauty With Brain"

Satu minggu yang lalu, Puan Zulfati Izazi Zulkifli yang merupakan anak kepada pelakon Zulkifli Ismail telah mencetuskan inspirasi ketika berkongsikan berita baik berkaitan percapaian yang baru dalam hidupnya. Dia yang akan masuk ke usia 30 tahun pada Ogos ini, beliau berjaya mendapat gelaran doktor dan telah berjaya bergraduasi sebagai graduan PhD dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Dapat C atau D tak pernah dimarah…Sejak zaman sekolah, mereka sokong minat saya
Melalui perkongsian daripada laman portal Nona, beliau menyatakan bahawa ibu dan ayahnya tidak pernah mengongkong pilihan aliran pendidikan atau bidang kerjaya yang diinginkan. Malahan selama 9 tahun sebelum berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang, Dr Zulfati Izazi akui rasa syukur kerana mendapat sokongan yang penuh daripada ahli keluarga. Justeru jelasnya lagi, beliau tidak pernah dimarahi walaupun mendapat gred yang rendah dalam mana-mana peperiksaan.
Dr Zulfati Izazi kini bekerja sebagai pensyarah di Korea & PJJ dengan suami
Selain daripada berjaya menghabiskan PhD di umur 29 tahun, beliau juga sangat beruntung kerana dapat menjadi pensyarah di sebuah universiti (kursus berkaitan Bahasa Melayu) di Korea Selatan. Beliau akui sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang turut bergelar doktor sejak 3 bulan yang lalu, namun buat masa sekarang mereka terpaksa tinggal secara berjauhan atas sebab kerja. Suaminya, Dr Md Yushalify Misro yang merupakan seorang pensyarah di USM sedang menjadi penyelidik jemputan di sebuah universiti bertempat di Jepun.
Hikmah sorok anak dari kecil, tup-tup dah besar jadi anak yang hebat….Beauty with brain
Sangat berbangga dengan kisah inspirasi Dr Zulfati Azizi, ramai netizen-netizen mengucapkan tahniah dan turut menumpang rasa gembira dalam menyaksikan seorang anak berjaya membanggakan ibu bapa. Dalam ada itu, mereka juga menggelarkan sosok beliau merupakan erti sebenar kepada ayat “beauty with brain“.

Sumber: Erin Sakura