Tarikh Cuti Sekolah Penggal 1 Sesi 2022/2023 & Cuti Keputeraan Agong Bulan Jun 2022


 

Nak rancang percutian pada tahun 2022? Golongan ibu bapa yang ada anak bersekolah pasti nak tunggu cuti penggal persekolahan anak setiap tahun kan untuk merancang percutian? Untuk makluman anda, tidak lama lagi murid sekolah di seluruh Malaysia akan bercuti selama 9 hari sempena cuti penggal 1 sesi 2022/2023!

 

Cuti penggal 1 sesi 2022/2023 adalah pada bulan Jun 2022 dan cuti Keputeraan Agong juga pada bulan yang sama. Ibu bapa dah boleh rancang percutian dan mula mohon cuti bagi yang bekerja! Inilah masanya untuk anda bawa anak bercuti di samping merehatkan minda dari bekerja.

 

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh cuti sekolah penggal 1 sesi 2022/2023 dan tarikh cuti Keputeraan Agong tahun 2022.

 

TARIKH CUTI SEKOLAH PENGGAL1 SESI 2022/2023

 

Berikut adalah tarikh cuti sekolah penggal 1 sesi 2022/2023:

 

·        Cuti Penggal 1 Sesi 2022/2023: 3 Jun 2022 hingga 11 Jun 2022

 

TARIKH CUTI KEPUTERAAN AGONG 2022

 

Cuti Keputeraan Agong bagi tahun 2022 adalah pada tarikh berikut:

 

·        Cuti Keputeraan Agong: 6 Jun 2022 (Isnin) - Cuti umum semua negeri

 

KALENDAR BULAN JUN 2022

 

Berikut adalah kalendar bulan Jun 2022 beserta tarikh cuti sekolah dan cuti Keputeraan Agong yang ditanda dengan warna kuning:

 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga tercinta. Pasti ramai yang sudah rancang percutian pada tahun lepas tetapi terpaksa dibatalkan memandangkan penularan Covid-19 di negara kita masih berleluasa kan?

 

Memandangkan kerajaan telah membenarkan orang ramai rentas negeri untuk pulang ke kampung dan melancong, ayuh kita rancang percutian pada tahun ini pula!