PM umum mesyuarat Kabinet dipercepat, apa sebenarnya berlaku?


KERAJAAN akan mempercepatkan mesyuarat Kabinet mingguannya yang biasanya berlangsung pada Rabu, dan dibawa ke Isnin untuk membincangkan mengenai isu kenaikan harga barang keperluan dan bekalan ayam, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan membentangkan rancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam mesyuarat itu.

"Kita bukan sahaja akan fokus kepada isu bekalan ayam tetapi kita juga akan melihat kepada dua perkara iaitu kos sara hidup yang dijangka meningkat.

"Ini merupakan fenomena global akibat perang (Rusia-Ukraine)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga akan melihat pemansuhan Permit Import (AP) untuk menangani isu bekalan dan harga makanan.

"Saya telah memansuhkan AP (untuk import bahan makanan), jadi mungkin kita akan lihat AP lain juga," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP ke atas import bahan makanan berkuat kuasa serta-merta. 

Sumber:- The Star

*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

Telegram Rasmi https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan