Permohonan IPG 2022 Online Calon Guru (PISMP)


 

PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Di IPG 2022. Berita baik buat lepasan SPM 2019, 2020 atau 2021 yang berminat untuk menjadi seorang guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan IPG 2022 iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pelajar yang mempunyai minat dan beriltizam, komited serta dedikasi dalam profesion perguruan adalah digalakkan memohon.

 

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan sepertimana yang telah ditetapkan. Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan PISMP secara terus bermula 15 Mac 2022 sehingga tarikh tutup pada 15 April 2022 tanpa melalui UPUonline.

 

Permohonan Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Di IPG 2022 Online

 

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu PISMP di IPG – Institut Pendidikan Guru ambilan tahun 2022 boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Permohonan IPG 2022 Online (Laluan Perdana) : Borang Dan Syarat Kemasukan

 

Program PISMP adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPGM yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sar. Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

 

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM. Program Persediaan Ijazah Sar. Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sar. Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

 

Syarat Kelayakan IPG

 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas permohonan tahun semasa terkini secara online :-

 

1.      Warganegara Malaysia

2.      Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002. Sekiranya anda lahir sebelum 30 Jun 2002 anda tidak layak memohon (Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan)

3.      Sihat tubuh badan

4.      Aktif dalam kegiatan kokurikulum

5.      Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)

6.      Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu:-

·        Bahasa Melayu

·        Sejarah

·        Bahasa Inggeris

7.      Memenuhi syarat bidang pengkhususan

·        Senarai Lengkap Bidang Pengkhususan

 

Tarikh Penting Permohonan IPG 2022

 

Berikut adalah tarikh buka dan tutup permohonan PISMP yang dikongsikan dari Portal PISMP sebagai rujukan.

 

·        15 Mac 2022 : Tarikh Buka

·        15 April 2022 : Tarikh Tutup

 

Panduan Permohonan PISMP 2022

 

Permohonan boleh di buat secara atas talian atau online di pautan berikut :-

 

·        Sistem Aplikasi Online : PISMP

·        Maklumat Penting

 

Untuk mengakses sepenuhnya sistem Borang Online Permohonan PISMP, pemohon baharu perlu mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan

 

·        Sila ikuti arahan, panduan dan keterangan lanjut di laman aplikasi permohonan berkenaan. Sekiranya tidak dapat mengakses laman aplikasi sila ‘clear cache’ pelayar internet (web browser) anda

·        Pemohon baharu perlu mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan : Daftar Akaun Baru

·        Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai proses permohonan

·        Pemohon yang telah mengesahkan permohonan perlu mencetak dan simpan no rujukan pengesahan permohonan dan butiran tarikh, masa pengesahan serta mengingati kata laluan kerana calon perlu log masuk semula sistem berkenaan untuk membuat semakan keputusan berkaitan pada tarikh yang ditetapkan

 

Makluman Dan Perhatian

 

Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

 

·        Calon yang terpilih diwajibkan mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video pengajaran serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP.

 

Permohonan PISMP Ambilan Fasa 2 Tahun 2021

 

Maklumat permohonan PISMP Fasa 2 Tahun 2022 akan dikemaskini. Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) bagi tahun 2021.

 

Dibuka dari 16 hingga 22 Julai 2021. Iklan permohonan klik Fasa 2

 

Maklumat Lanjut

 

Sebarang maklumat dan pengumuman terkini berkaitan dengan permohonan PISMP ambilan 2022, sila layari Portal Rasmi KPM di pautan https://www.moe.gov.my Selamat membuat permohonan IPG 2022 secara online.

 

Moga permohonan anda ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berjaya.

 

Sumber: infoupu