Mertua Buat Menantu Nangis Sebab Tak Pernah Jamah Masakan & Rela Tapau, Suami Puji Sedap

Mendapat seorang ibu mentua yang baik merupakan satu rezeki yang besar. Namun begitu, terdapat juga segelintir menantu perempuan yang tidak merasai kebahagiaan yang sama. Jikalau duduk secara jarak jauh pun boleh menimbulkan konflik sekaligus merosakkan silaturahim, apatahlagi jika tinggal serumah. Seperti sebuah kata-kata yang selalu dengari, “Di dalam sebuah rumah, tidak boleh ada 2 orang ratu”.
Entah macam mana lagi cara nak ambil hati ibu mentua..Selalu nangis makanan aku dia tak sentuh
Baru-baru ini seorang wanita ini tampil meluahkan perasaannya yang kian buntu untuk memikirkan pelbagai cara lagi demi memenangi hati ibu mentuanya. Menurutnya tiap kali memasak di rumah, ibu mentuanya tidak pernah menjamu selera masakannya malah lebih memilih untuk memasak lauk lain ataupun membungkus dari kedai makan. Walaupun terasa hati dengan layanan mentuanya itu, Puan Nanda tidak pernah membalas, justeru memakan apa sahaja juadah yang dihidangkan.
Suami cakap “Takpelah awak masak je, nanti saya habiskan”…Jadi pelangi untuk orang buta warna tu memenatkan
Nasiblah Puan Nanda mendapat seorang suami yang begitu memahami. Apapun yang dimasak olehnya, suaminya tetap memuji semua lauk itu sedap dan akan menghabiskan kesemuanya oleh lelaki tersebut. Mengingatkan dilema itu, wanita ini akhirnya akui cukup penat untuk mencuba jadi menantu yang terbaik tetapi tidak dihargai langsung oleh ibu mentuanya.
@nandamaezha cape ya jadi pelangi untuk orang yang buta warna .. #menantu #istri #tinggalbarengmertua #sakithati #sedih #baper #galau #hancur #kecewa #fyp #zyxcba #mertuadanmenantu #mertua ♬ Rumah Singgah - Fabio Asher

8 tahun duduk dengan mentua faham betul betapa sedihnya…Ada rezeki baik duduk asing, sewa pun takpe

Tak disangka postingan video yang baru sahaja dimuat naik itu, telah berjaya meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan daripada netizen. Mereka juga sangat mengerti akan keadaan yang dihadapi oleh Puan Nanda, ada juga yang mencadangkan lebih baik dia berpindah keluar mencari rumah lain agar kehidupannya lebih tenang.




Sumber: Erin Sakura