Kes Gaduh: 22 Termasuk Pelajar Ditahan Di Sandakan



SANDAKAN: Polis menahan 22 individu termasuk pelajar kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di Jalan Elopura, Pusat Bandar Sandakan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kesemua mereka juga ditahan di sekitar daerah itu. Menurutnya, 21 inndividu merupakan pelajar dari tiga buah sekolah di sekitar Sandakan.

“Siasatan awal mendapati, pergaduhan itu berpunca daripada salah faham dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Abdul Fuad memberitahu, kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dihantar ke pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, video pelajar bergaduh di tengah jalan raya tular di media sosial sebelum polis membuat siasatan lanjut dan melakukan tangkapan. 

– AWANI