Kadar Pengangguran Negara Malaysia Semakin Menurun


 

Peningkatan rakyat Malaysia yang bekerja diMalaysia telah menaik kepada 15.57 juta orang berbanding suku sama pada tahun sebelum iaitu 15.24 juta orang.

 

Peratusan peningkatan sebanyak 2.2% telah dirumuskan oleh ketua perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

 

Kata beliau, kadar pengangguran sebanyak 13% atau lebih 671,000 berbanding sebelum ini pada kadar 771,000 telah dipengaruhi oleh perkembangan itu.

 

Perkembangan Ekonomi

“Memandangkan keadaan hampir kembali normal, aktiviti sosioekonomi yang lebih rancak berterusan pada suku tahun berkenaan. Oleh itu, ekonomi berkembang 5% pada suku pertama 2022 selepas mencatatkan pertumbuhan 3.6% pada suku sebelumnya.

 

“Senario pasaran buruh yang menggalakkan berterusan pada suku tahun ini menjadikan guna tenaga semakin meningkat manakala pengangguran berkurangan lanjutan daripada pengukuhan permintaan buruh oleh sektor ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut Mohd Uzir, kadar pengangguran telah berkurang 0.7% kepada 4.1% dan membantu dalam peningkatan bilangan tenaga buruh sebanyak 1.5% kepada 16.25 juta orang pada suku tahun ini.

 

“Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) naik 0.4% kepada 69%. Walaupun KPTB ini adalah yang tertinggi dicatatkan sejak suku pertama 2020, kadar ini adalah 0.1% lebih rendah berbanding yang direkodkan pada suku keempat 2019 iaitu suku tahun sebelum pandemik COVID-19,” katanya.

 

Mohd Uzir berkata, aktiviti perniagaan dan sosial yang telah dibuka semula dengan secara berterusan serta berkapasiti penuh sepanjang suku pertama 2022, bilangan penduduk yang bekerja kurang dari 30 jam seminggu menurun sebanyak 23.9% berbanding suku sama 2021 yang merekodkan 336,300 orang.

 

“Selaras dengan ini, bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan masa berkurang sebanyak 21.1% kepada 245,100 orang berbanding 1.6% pada masa yang sama.

 

“Bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran yang menunjukkan mereka yang berpendidikan tertiari namun bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah merekodkan seramai 1.81 juta orang dengan kadar 36.9%.

 

“Walaupun bilangan yang dicatatkan lebih rendah berbanding suku sama tahun sebelumnya, kumpulan ini merangkumi lebih satu pertiga daripada penduduk bekerja berpendidikan tertiari,” katanya.

 

Rangsangan Ekonomi

“Memandangkan seluruh negara berada dalam fasa akhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Januari 2022, pasaran buruh Malaysia pada suku pertama 2022 semakin meningkat berbanding suku yang sama pada 2021.

 

“Pasaran buruh juga menunjukkan kedudukan yang lebih baik berbanding suku sebelumnya meskipun pada kadar yang lebih perlahan.

 

“Malah kelonggaran pengeluaran khas oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meringankan beban mereka yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19 dilihat akan memberi impak positif kepada ekonomi, seterusnya meningkatkan lagi permintaan barangan dan perkhidmatan mengambil kira faktor bulan Ramadan dan diikuti dengan sambutan Aidilfitri yang turut jatuh pada suku tahun ini.

 

“Dengan normalisasi aktiviti sosial dan ekonomi, ia dijangka akan merangsang kedudukan pasaran buruh dari segi peningkatan permintaan oleh industri dan penurunan berterusan bilangan penganggur.

 

“Bagaimanapun, prospek berkenaan tertakluk kepada pelbagai cabaran ekonomi global termasuk ketegangan geopolitik berterusan antara Russia dan Ukraine,”tambahnya.

 

Sumber: Berita Harian