Jumlah & Kadar Bayaran BKM Fasa 2 Untuk Bulan Jun 2022
Berapakah agaknya jumlah bayaran BKM yang diterima dalam setiap kategori – Bujang, Keluarga & Warga Emas.
Mari lihat Portal Info kongsikan maklumat untuk anda.
Jumlah & Kadar Bayaran Bkm Fasa 2 Bagi Setiap Kategori
Apakah Syarat Kelayakan Memohon BKM?
•> Sudah Berkahwin
•> Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
•> Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
4 Fasa Kadar Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia
Fasa 1
1. Ada akaun bank – Mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat. (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan sewaktu permohonan BKM 2022).
2. Tiada akaun bank – Mulai 30 Mac 2022 secara tunai di Cawangan BSN
3. Pedalaman Sabah / Sarawak – Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Fasa 2
Tarikh pembayaran BKM Fasa 2 adalah pada Jun 2022.
Fasa 3
Tarikh pembayaran BKM Fasa 3 adalah pada September 2022.
Fasa 4
Tarikh pembayaran BKM Fasa 4 adalah pada Disember 2022.
Tarikh Permohonan / Rayuan BKM
Rayuan permohonan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 – 2 Jun 2022.
Soalan Lazim
Bilakah pendaftaran BKM 2022 dibuka?
Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).
Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022?
Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /
App Store pada telefon bimbit
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan pembentangan bajet 2022 Sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
Sumber: portalinfo
*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.
0 Response to "Jumlah & Kadar Bayaran BKM Fasa 2 Untuk Bulan Jun 2022"