e-Kasih 2022 daftar permohonan borang online & semakan status - Info Awam

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

eKasih

Buat pengetahuan anda, eKasih atau Portal Pembasmian Kemiskinan menjadi antara portal utama bagi melayakkan diri sebagai penerima bantuan yang terdapat dalam e-Kasih.

 

Portal e-Kasih adalah sebuah portal yang menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu dan rakyat, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuklah data Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

 

Pemohon yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM 1,500 sebulan yang berada di bandar atau RM 1,000 sebulan yang berada di luar bandar digalakkan untuk mendaftar dalam portal e-Kasih.

 

Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui langkah-langkah permohonan dan semakan bantuan.

 

Data Dan Info Yang Terdapat Dalam Sistem eKasih

 

·        Maklumat asas KIR & AIR

·        Nama penuh

·        Nombor kad pengenalan

·        Alamat tempat tinggal

·        Pekerjaan dan

·        Pendapatan

 

Bagi penerima BPR, pemberian bantuan akan berteraskan data-data yang ada dahulu. Oleh itu pemohon atau penerima perlu mengemaskini maklumat dari masa ke masa supaya proses pemberian bantuan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

 

Untuk makluman, data-data di dalam sistem ini eKasih ini akan disepadukan dengan data agensi lain untuk memudahkan proses pemberian bantuan kepada mereka yang layak.

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM melancarkan portal bantuan bagi semua yang memerlukan. Portal eKasih merupakan pengkalan data dan statistik untuk kalangan rakyat Malaysia yang berada di paras kemiskinan untuk diberikan peluang di kemudian hari di bawah program kemiskinan di Malaysia.

 

Syarat Kelayakan Memohon

 

·        Jika tinggal dibandar dan pendapat sebulan kurang daripada RM1,500 sebulan.

·        Jika pendapatan anda kurang daripada RM1000 tetapi tinggal di kawasan luar bandar.

 

Permohonan Bantuan eKasih

 

Permohonan eKasih boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui portal rasmi e- Kasih. Sila tekan pada pautan untuk melayari Portal eKasih http://ekasih.icu.gov.my/

 

Menerusi sistem ini, pengguna boleh membuat :

 

·        Semakan status kemiskinan secara dalam talian

·        Penyelaras maklumat bantuan

·        Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara dalam talian

·        Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita

·        Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan

·        Pemantauan kemiskinan

 

Langkah Membuat Semakan eKasih Secara Online

 

1.      Sila masukkan nombor kad pengenalan anda, kemudian tekan butang untuk semakan.

 

2. Sekiranya nama anda tiada di dalam senarai nama penerima bantuan e-kasih, sistem akan terpapar info seperti dibawah.

 

Langkah Melakukan Pendaftaran eKasih 2021 Secara Manual

 

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Sila rujuk langkah di bawah

 

1.      Sila pergi ke mana-mana cawangan Unit Pembangunan Pejabat daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang anda boleh memohon untuk bantuan ini.

2.      Kakitangan pejabat akan membantu anda melakukan pendaftaran ekasih.

3.      Sila pastikan dokumen yang kakitangan pejabat mahukan adalah lengkap. Setiap dokumen bagi setiap individu atau pemohon yang kakitangan Pejabat Daerah diperlukan adalah berbeza-beza.

4.      Selepas surat permohonan dihantar, sila tunggu kedatangan kakitangan pejabat daerah bahagian pembangunan ke rumah anda untuk mengedarkan permohonan.

5.      Status layak atau tidak, penilaian akan dibuat menerusi sistem online ini.

 

Jenis Bantuan eKasih Portal Pembasmian Kemiskinan

 

1) Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

 

·        Anda juga layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat BPR semakan status 2021 yang diumumkan kerajaan Malaysia baru baru ini.

 

2) Pendaftaran Ekasih Bantuan Sara Hidup 2021

 

·        Jikalau nama tersenarai dalam senarai portal pembasmian kemiskinan anda layak mendapat bantuan e kasih melalui semakan bantuan sara hidup bsh 2021 sehingga RM1,200 setahun. Dan setiap anak-anak, anda juga dapat tambahan Rm120 setiap seorang.

 

3) Bantuan iSuri KWSP

 

·        Bagi yang tersenarai dalam pengkalan data semakan kwsp suri rumah, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).

 

4) Ekasih Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas

 

·        Bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem ini.

 

5) Ekasih Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim

 

·        Setiap kali kerajaan mengumuman secara one off kepada bantuan oku dan bantuan anak yatim, biasanya kerajaan akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data portal pembasmian kemiskinan untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.

 

6) Daftar E Kasih Bantuan Persekolahan

 

·        Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana nama ibu bapa sudah tersenarai dalam portal pembasmian kemiskinan, ekasih.icu.gov.my daftar menerima bantuan persekolahan.

 

7) Bantuan Prihatin Nasional BPR

 

·        Anda semestinya diberikan keutamaan untuk turut menerima pengumuman bantuan ini oleh kerajaan Malaysia.

 

8) Permohonan mytv percuma

 

·        Anda layak untuk mohon mytv free ini selepas nama anda berjaya dalam sisten data ekasih.icu.gov.my daftar.

 

9) Bantuan Prihatin Rakyat BPR

 

·        Jika anda sudah tersenarai dalam senarai nama penerima ekasih, anda juga layak terima bantuan prihatin rakyat BPR 2021.

 

10) BKC Bantuan Khas Covid

 

·        BKC Bantuan Khas Covid 2021 yang baru sahaja diumumkan untuk membantu penerima bantuan semasa tempoh PKP 3.0.

 

11) Bantuan Khas Bakul Makanan JKM

 

·        Bantuan khas program bakul makanan JKM tanpa perlu isi borang permohonan e kasih disebalik perintah PKPB & PKPD di Melaka, Kuala Lumpur KL, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang Penang, Perak, Selangor dan Pahang.

 

12) Permohonan Mykasih Prihatin RM100

 

·        Kerajaan akan membantu membayar barang yang anda beli kedai terpilih bernilai RM100 setiap bulan.

 

Maklumat Lanjut Bantuan eKasih

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan permohonan atau cara untuk melakukan pendaftaran e kasih online 2021, sila hubungi nombor telefon yang tertera seperti di bawah:


Sumber: portalinfo 


*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan