Daftar akaun KWSP untuk anak dapat duit ‘free’ RM250


 

Daftar akaun KWSP untuk anak dapat duit ‘free’ RM250. Untuk sedia maklum, ramai yang terlepas pandang berkenaan yang mana sebenarnya kepada anak-anak yang berumur 14 tahun dan keatas sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pesaraan (KWSP).

 

Kepada individu yang dibenarkan bagi membuat pendaftaran akaun KWSP ini adalah di dalam simpanan syariah dan ia bagi tujuan untuk simpanan dalam tempoh masa akan datang.

 

Buka Akaun KWSP Anak

 

Untuk membyat pendaftaran akaun KWSP anak ini tidak perlu tunggu pemohon mula bekerja baru boleh menyimpan wang. Bagi ibu bapa dan penjaga yang ingin membuat persediaan jngka masa panjang anak serta memudahkan urusan anak pada masa akan datang nanti, anda boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak dan membuat sedikit simpanan untuk mereka di dalam akaun tersebut.

 

Insentif RM 250

 

Sekiranya anda membuka akaun KWSP untuk anak sekarang, mereka akan terima insentif tambahan sehingga RM 250 untuk setiap tahun.

 

Di halaman bawah telah disediakan butiran berkenaan cara untuk membuat pendaftaran akaun KWSP anak dan manfaat yng boleh didapati dalam KWSP.

 

Cara Daftar Akaun KWSP Anak

 

Kepada para ibu bapa yang mempunyai anak berumur 14 tahun dan keatas layak untuk membuat permohonan. Anda hanya perlu melalui mana-mana cawangan kiosk KWSP untuk membuat pendaftaran secara mudah tanpa perlu pergi ke kaunter KWSP.

 

Bagi membuat pendaftaran sebagai ahli KWSP perlu sediakan IC anak dan cap jari di mana-mana kiosk KWSP

 

Kemudian sila maklumkan kepad pegawai KWSP untuk membuka i-akaun dan beralih ke simpanan syariah secara terus – Kebiasaannya pegawai KWSP akan bantu buatkan secara terus di kiosk tersebut

 

Setelah i-akaun siap, pegawai akan membantu daftarkan ke akaun simpanan syariah

 

Sila beritahu pegawai KWSP tersebut untuk daftar caruman i-saraan (Caruman secara sukarela)

 

Kepada para penjaga dan ibu bapa disyorkan untuk membuka akaun KWSP anak bagi tujuan simpanan anak untuk masa hadapan mereka lebih terancang dan terjamin. Mereka juga turut dapat insentif tambahan RM 250 setahun.

 

Manfaat dan Faedah Buka Akaun KWSP untuk Anak

 

Membuat perancangan simpanan jangka masa panjang anak dan lebih terjamin

 

Automatik anda menerima insentif tambahan dari pihak kerajaan maksimum sebanyak RM 250 untuk setiap tahun

 

Belajar memupuk budaya menyimpan pada usia muda

 

Dapat dividen patuh syariah setiap tahun

 

Sebagai ahli KWSP akan automatik layak tuntut bantuan khairat kematian sebanyak RM 2,500

 

Maklumat Lanjut

 

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai program dan inisiatif dari pihak kerajaan yang boleh anda dapat. Tujuan inisiatif diberikan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan pada tahun ini lebih-lebih lagi bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan