Cara Mudah Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan


 

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu inisiatif kerajan untuk memberi penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

 

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.

 

APAKAH CIRI-CIRI PPR?

 

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:

 

·        Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa

·        Landed properties di pesisir dan pinggir bandar

·        Keluasan - Tidak kurang 700 kps

·        Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

 

 

APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON?

 

SKIM PPR DISEWA :

 

1.      Warganegara Malaysia

2.      Berumur 18 tahun ke atas

3.      Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan

4.      Pemohon belum memiliki rumah

5.      Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

6.      Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

 

SKIM PPR DIMILIKI :

 

1.      Warganegara Malaysia

2.      Berumur 18 tahun ke atas

3.      Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

4.      Pemohon belum memiliki rumah

5.      Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

6.      Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

 

Senarai Projek PPR Terkini

 

Senarai Projek Rumah Sewa dan PPR Dimiliki yang terkini boleh dirujuk melalui senarai ini: SENARAI PROJEK PPR TEDUH KPKT

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk memohon secara online, anda cuma perlu melakukan 7 langkah berikut:

 

·        Daftar Akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

·        Log masuk dengan akaun yang didaftarkan.

·        Pilih skim mengikut kelayakan.

·        Lengkapkan maklumat pemohon.

·        Pilih projek.

·        Muatnaik dokumen sokongan.

·        Buat pengesahan dan hantar permohonan.

 

Rujuk langkah bergambar di bawah:

 


ii) Permohonan Manual

 

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri / Lembaga Perumahan Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

 

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:

 

·        PERLIS INDERA KAYANGAN

·        KEDAH DARUL AMAN

·        PULAU PINANG

·        PERAK DARUL RIDZUAN

·        SELANGOR DARUL EHSAN

·        NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

·        MELAKA

·        JOHOR DARUL TAKZIM

·        TERENGGANU DARUL IMAN

·        KELANTAN DARUL NAIM

·        PAHANG DARUL MAKMUR

·        KUALA LUMPUR

·        SABAH

·        SARAWAK

·        WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebarang aduan/pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui

 

·        Emel : teduh@kpkt.gov.myUntuk Semakan Sistem Bank Data Perumahan

·        Helpdesk : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk

·        Untuk Semak Senarai Projek PPR – https://teduh.kpkt.gov.my/project?scheme=PPR+DIMILIKI

·        Rujukan Panduan Penuh Rujuk Teduh KPKT – https://teduh.kpkt.gov.my/…/Manual%20SPRN%202.0

 

Sumber: nadiharian