Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad | ATM Cash-Out MAE Maybank

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

ATM Cash-out di aplikasi MAE ialah satu program dari pihak Maybank untuk penguna mengeluarkan wang dari mesin ATM tanpa menggunakan kad!

Anda cuma perlu aktifkan fungsi ini di aplikasi MAE dengan beberapa langkah untuk pengeluaran tunai secara tanpa sentuh (contactless).

Apa Itu ATM Cash-Out MAE Maybank?

Aplikasi MAE telah memperkenalkan ciri baru dimana penguna dibenarkan untuk mengeluarkan wang tunai di ATM Maybank tanpa menyentuh ATM dengan telefon bimbit sahaja.

Hal ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi agar dapat membantu semua penguna akaun Maybank.

 

Namun begitu, anda masih boleh mengunakan khidmat pengeluaran wang mengunakan kad seperti biasa.

Siapa Boleh Guna Khidmat ATM Cash-Out?

Semua pemegang kad ATM Maybank sedia ada yang boleh mengunakan aplikasi MAE.

Jenis Atm Yang Menyediakan Perkhidmatan Ini?

Gunakan  ATM Cash-out keluarkan wang di ATM Maybank Malaysia terpilih.

Perkhidmatan ini akan dilancarkan kepada semua ATM Maybank tidak lama lagi.

Senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan MAE Cash-Out

Terdapat kod QR dipaparkan pada skrin ATM untuk imbasan mengunakan applikasi ini.

 Cara Mengaktifkan Fungsi ATM Cash-Out Apps MAE

Muat turun aplikasi MAE di Google Play Store, Apple iOS Store atau Hua Wei App Gallery dan aktifkan fungsi ATm Cash-Out.

 

Cara Buat Pengeluaran Guna Khidmat ATM Cash-Out Maybank

Aktifkan ciri pada apps MAE dulu.

Anda perlu menunggu tempoh selama 24 jam sebagai tujuan semakan keselamatan sebelum boleh mengunakannya.

Sekiranya pengaktifan berjaya, anda akan menerima SMS atau push notification.

 

Langkah-Langkah Keselamatan

1.      Pastikan tiada siapa berdiri dekat dan boleh menyaksikan skrin apabila anda log masuk ke apl MAE

2.      Pastikan hadir secara fizikal dari awal hingga akhir semasa melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM anda, termasuk kutipan tunai.

3.      Imbas kod QR yang dipaparkan pada skrin ATM untuk melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM, dan BUKAN mana-mana kod QR lain yang diletakkan pada ATM atau dari tempat asing.

4.      Tiada akaun benefisiari diperlukan semasa transaksi Pengeluaran Tunai ATM. Sekiranya anda diminta memasukkan nombor akaun benefisiari, hentikan transaksi dengan serta-merta.

5.      Sekiranya anda tidak mengaktifkan ciri Pengeluaran Tunai ATM tetapi menerima Kata Laluan Satu Kali (OTP) 6 angka melalui SMS untuk pengaktifannya, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.

6.      Jika anda menerima sebarang pemberitahuan transaksi Pengeluaran Tunai ATM yang dihantar melalui aplikasi MAE tetapi tidak melakukan sebarang transaksi Pengeluaran Tunai ATM, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.

7.      Pastikan telefon pintar anda dilindungi PIN, corak atau biometrik dan JANGAN biarkannya tanpa pengawasan atau kongsi butiran log masuk keselamatan telefon anda dengan sesiapa sahaja.

 

Maklumat Lanjut

·        https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia

·        https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/digital_banking/faq-atm-


Sumber: portalinfo


*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan