BKM Fasa 2: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima Setiap Kategori


 

BKM FASA 2 : TARIKH & JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA BAGI SETIAP KATEGORI

 

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 1) telahpun dikreditkan kepada penerima yang layak mulai 28 Mac 2022.

 

Berikut dikongsikan pula jumlah bayaran dan tarikh pengkreditan BKM Fasa 2 tidak lama lagi.

 

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

 

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan 4 kali setahun.

 

FASA 2

 

Tarikh pembayaran adalah pada Jun 2022.

 

FASA 3

 

Tarikh pembayaran adalah pada September 2022.

 

FASA 4

 

Tarikh pembayaran adalah pada Disember 2022.

 

Jumlah Bayaran BKM Fasa 2

 

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah antara RM100 hingga RM400 bagi kategori yang layak.

 

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan seperti berikut:

 

A) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 59 tahun dan ke bawah

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:

 

·        0 anak : RM200

·        1-2 anak : RM300

·        3 anak dan lebih : RM400

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

·        0 anak : RM100

·        1-2 anak : RM100

·        3 anak dan lebih : RM100

 

B) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 60 tahun dan ke atas

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:

 

·        0 anak : RM200

·        1-2 anak : RM300

·        3 anak dan lebih : RM400

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

·        0 anak : RM100

·        1-2 anak : RM100

·        3 anak dan lebih : RM100

 

C) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak)

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

·        1-2 anak : RM300

·        3 anak dan lebih : RM400

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

 

·        1-2 anak : RM100

·        3 anak dan lebih : RM100

 

D) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun ke bawah

 

Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000 :

·        RM0 (Tiada bayaran diberikan dalam Fasa 2)

 

E) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai Anak – 60 tahun dan ke atas

 

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5000 :

 

·        RM150

 

Cara Semak Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

 

1.      Layari https://bkm.hasil.gov.my/

2.      Klik Log Masuk

3.      Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.

4.      Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *

5.      Klik Teruskan

6.      Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha

7.      Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan

8.      Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan

9.      Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

 

Boleh tekan peti mel jika nak tengok maklumat pembayaran seperti di bawah:

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk info terkini dan maklumat penuh tentang Bantuan Keluarga Malaysia, sila rujuk laman web rasmi BKM di pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my

 

Sumber: harianpost