Bantuan RM1,000 Iltizam Mahasiswa Selangor Bagi Pelajar Dari B40


 

Negeri Selangor sangat mengambil berat kebajikan para mahasiswa yang merupakan pewaris kepimpinan negeri Selangor dan negara.

 

Bagi menghargai modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Iltizam Mahasiswa Selangor.

 

Dalam Bajet Selangor 2022 yang dibentangkan pada 26 November tahun lalu, RM3 juta diperuntukkan untuk diberi sebagai sumbangan pendidikan.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Iltizam Mahasiswa Selangor.

 

Kadar Bantuan Iltizam Mahasiswa Selangor

 

Mahasiswa dan mahasiswi dari keluarga berpendapatan rendah akan layak menerima RM1,000 seorang.

 

Syarat Kelayakan

 

Mahasiswa dan mahasiswi dari keluarga berpendapatan rendah dari kategori B40.

 

Cara Mohon Iltizam Mahasiswa Selangor

 

Buat masa ini, maklumat terperinci untuk memohon Iltizam Mahasiswa Selangor belum dibuka.

 

Sumber: semakanonline