40,729 Jawatan Diluluskan JPA


 

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan pengisian sebanyak 40,729 jawatan bagi kementerian, jabatan dan agensi pada tahun ini susulan isu-isu perjawatan melibatkan sektor kesihatan, keselamatan, pendidikan dan penguatkuasaan.

 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah berkata, tumpuan keperluan pengisian jawatan adalah bagi pengoperasian fasiliti yang telah siap dan skim-skim perkhidmatan kritikal di sektor seperti dinyatakan tersebut. 

 

“JPA sentiasa komited terhadap keperluan pengisian jawatan bagi semua kementerian, jabatan dan agensi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Keluarga Malaysia pada tahap optimum dan terbaik.

 

“Apatah lagi ketika negara sedang berada di fasa peralihan endemik dan pemulihan negara,” katanya dalam kenyataan.

 

 Pada masa sama, beliau berkata, semua kementerian, jabatan serta agensi hendaklah mengikut kelayakan dan peraturan sedia ada bagi pengisian jawatan yang  diluluskan.

 

– UTUSAN