Terkini: Bermula 1 Mei, Pelitup Muka Di Luar Bangunan, Kawasan Terbuka Tidak Lagi Wajib - Khairy
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan bermula 1 Mei ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.
Namun, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan (indoor), dan di dalam pengangkutan awam termasuk eHailing.
0 Response to "Terkini: Bermula 1 Mei, Pelitup Muka Di Luar Bangunan, Kawasan Terbuka Tidak Lagi Wajib - Khairy"