Suami Rajin Urus Rumah Tangga Isteri Bagi 7, Walaupun Awal Khawin Hanya Target 4 Orang Anak

Realitinya, terdapat pasangan suami isteri di luar sana yang sangat mudah dapat anak. Seperti bicara orang dulu-dulu, pantang sentuh mesti lekat. Tak disangkal, semestinya risau memikirkan faktor ekonomi keluarga boleh terjejas apabila anak semakin bertambah. Tetapi sekiranya amanah Allah dijaga dengan betul, setiap zuriat pasti akan hadir dengan rezeki tersendiri.
Kahwin umur 16 tahun…suami target nak 4 orang anak je
Begitulah juga sama dengan kisah keluarga bahagia yang kian viral di aplikasi TikTok terbaru ini. Sebelumnya, seorang wanita bernama Akma Abdullah berkahwin dengan pasangan hidupnya ketika masih di usia 16 tahun lagi. Justeru sewaktu awal pernikahan mereka, suaminya pernah mengatakan harapan untuk menimang 4 orang cahaya mata saja iaitu 2 pasang anak lelaki dan perempuan.

@akmaabdullah90

Kenal umur 12, kahwin umur 16.. 20 years and still counting 🤍

♬ Thats What I want - mafraud

Sorry abang terlajak sampai 7 pula…mungkin sebab dapat suami rajin tolong uruskan rumah tangga, so tak serik beranak

Disamping itu, siapa sangka selepas lebih 15 tahun melayari alam rumah tangga bersama, mereka kini akhirnya dikurniakan seramai 7 orang cahaya mata. Akma mengaku bahawa dirinya yang berkehendak mempunyai anak ramai, atas berkat rezeki dapat suami rajin menguruskan rumah tangga juga. Walaupun sudah berasa 'give up' selepas Czer anak ke-7 serta siap request nak ‘ikat’, tetapi doktor tidak sarankan dengan alasan dirinya masih muda lagi.


@akmaabdullah90

Bukan suami yang nak anak ramai, tapi diri sendiri.. mungkin sebab dapat suami yg rajin tolong uruskan rumah tangga so tak serik beranak 🤣 tapi lepas czer anak no 7 ni, memang serik sangat, siap request dekat doc nak ikat tapi doc tak bagi pulak, dia kata muda lagi 🤣 untuk yang tengah berusaha untuk ada anak, Akma doakan moga semua dipermudahkan..

♬ suara asli - Angi Lay

Anak ramai tapi maknya maintain cantik, macam adik-beradik dah…seronok dapat suami jenis membantu ni

Pada ketika ini meskipun dia sudah beranak ramai, para netizen tetap memuji wanita tersebu kerana begitu pandai dalam menjaga penampilannya sehingga difikirkan kakak kepada anak-anaknya. Oleh itu, mereka juga akui itulah antara rezeki seorang isteri apabila dapat suami yang tepat serta ringan tulang dalam membantu menguruskan hal rumah tangga.




Sumber: Erin Sakura