Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Lulus atau Tidak

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bagi mereka yang sudah membuat
permohonan Pengeluaran Khas KWSP pada awal bulan yang lalu pasti tidak sabar ingin membuat semakan Pengeluaran Khas KWSP.

Ada yang mohon maksimum 10K, dan ada juga yang kurang daripada itu. Mungkin kerana baki dalam akaun KWSP tidak mencukupi.

Pastinya ramai pemohon yang berharap agar permohonan KWSP ini diluluskan.

Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Ahli boleh buat semakan status kelulusan di portal kwsp melalui link berikut 

Status Permohonan ini hanya boleh
disemak mulai mulai 9 April 2022 melalui:

1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau

2. Menu Pengeluaran Sejarah
Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Mereka yang lulus akan menerima status "LULUS" menerusi semakan masing-masing.

Kenapa Ada Lulus dan Tidak Lulus?
Menurut KWSP, semakan status
permohonan adalah prosedur umumn
permohonan bagi membolehkan
pemohon membuat semakan dan
memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.
Kelulusan Pengeluaran Khas
Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;

•> Ahli KWSP yang berumur di bawah
umur 55 tahun, termasuk bukan
warganegara dan pemastautin tetap;
dan

•> Mempunyai jumlah simpanan sekurang kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

•> ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

•> Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan
1. Amaun kelayakan pengeluaran adalahbsehingga maksimum RM10,000.

2. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50

3. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

4. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Tarikh Bayaran
Bayaran akan dibuat bermula 20 April
2022 dalam dalam satu (1) bayaran
sahaja (single payment).

Cara Bayaran
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan
dibayar secara pengkreditan terus ke
dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lanca 

•> Akaun bank (simpanan atau semasa)

•> Akaun bank masih aktif

•> Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun
bersama/ syarikat)

Peringatan:

1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.

2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan
untuk ahli yang tidak dapat membuka
akaun bank, atau berstatus muflis
sahaja.

3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.

4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.

5. Arahan Bayaran ini hanya boleh
ditunaikan di mana-mana cawangan
RHB Bank.

Permohonan Pengeluaran Khas
Bagi mereka yang belum membuat
permohonan ini, masih boleh memohon sehingga 30 April 2022.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal

Untuk makluman, Permohonan
Pengeluaran Khas hanya dibenarkan
sekali sahaja.

Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Pemohon tidak perlu;

1. Mengakses i-akaun
2. Mengunjungi kiosk
3. Mengunjungi cawangan

Maklumat Lanjut

Sila rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

•> Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my

•> Ask ELYA di laman web rasmi KWSP

•> Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)

•> Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848


Sumber: bantuanrakyat.my

*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad