Selepas kecoh baki bank pengguna RM0.00, Maybank umum kad debit pula tak boleh guna.Perbankan melalui laman web serta aplikasi bank itu–MAE dan M2U–juga perlahan dan putus-putus buat masa ini.
Perkara ini telah disahkan oleh pihak Maybank dan tindakan sewajarnya berkenaan masalah ini sedang diambil.
Menurut notis dari pihak Maybank, platform perbankan online M2U, MAE dan penggunaan kad debit kini tidak boleh digunakan buat sementara waktu.
#MBBAlert Dear valued customers,
— Maybank (@MyMaybank) April 25, 2022
Kindly be informed that debit card usage is temporarily unavailable, and we are currently experiencing intermittent slowness on MAE app, M2U MY app and Maybank2u web.
(1/2)
Pengguna-pengguna Maybank yang menggunakan perkhidmatan Maybank2U dan aplikasi MAE dilaporkan sedang menghadapi masalah untuk mengakses akaun mereka secara online.
Rata-rata pengguna yang menghadapi masalah berkenaan mengatakan baki akaun masing-masing menunjukkan 0.00 atau ditandakan dengan ‘-‘.