PerantiSiswa 2022: Cara Permohonan Peranti Percuma Untuk Pelajar IPT

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar IPT akan dibuka bermula 15 April 2022 ini.

Perkara ini diumumkan melalui Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Buat masa ini, pihak K-KOMM sudah memperoleh data berkaitan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dengan dianggarkan 400,000 pelajar IPT seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada program itu.

Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai senarai nama pelajar golongan B40 sudah berdaftar dan ia boleh dikenal pasti apabila pemohon memasukkan nombor kad pengenalan serta matriks mereka melalui sistem yang disediakan.

“Jika ada pelajar tercicir daripada senarai permohonan, mereka masih boleh memohon dan ia dikategorikan sebagai kes rayuan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan bakul Ramadan di Kampung Berangan, Batu 8, Kadok pada 9 April 2022.

“Peranti terbabit akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu sesi pertama membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.

“Sesi kedua pula ialah kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

“Kami akan memulakan pengagihan pada minggu kedua Jun ini. Peranti diberikan ini bukan berkualiti rendah, malah diambil daripada jenama terbaik dalam pasaran,” katanya.

Peranti Perlu Dipulangkan Setelah Tamat Pengajian

Peranti yang bakal diagihkan berkenaan mempunyai waranti tertentu di mana jika berlaku kerosakan, pelajar boleh mengembalikannya untuk diganti dan diberikan set gantian, selain ia boleh diguna pakai selama tempoh pengajian mereka di IPT.

“Selepas tamat pengajian, mereka perlu menyerahkan semula peranti itu kepada pusat pengajian dan kita akan menentukan apa dibuat dengan peranti terbabit.

“Pihak kami menggunakan konsep kebolehgunaan peranti percuma selama tempoh mereka menjadi pelajar, dan ia sama sekali tidak boleh dipindah milik, dijual mahupun dihilangkan kerana selagi mereka masih belajar, peranti berkenaan dikira berdaftar sebagai milik kerajaan.

“Tujuannya ialah mengelakkan penyalahgunaan peranti yang diberikan kerana berdasarkan pengalaman lalu di mana apabila pelajar memperoleh peranti, ada dalam kalangan mereka yang menjualnya, malah ada juga memberikannya kepada orang lain,” katanya.

Sumber: Berita Harian

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad